Sunday, December 12, 2010

Peperiksaan Akhir Semester September 2010..

HBMT 2103 - Teaching Mathematics In Year Two 


Tarikh    :   28 Disember 2010
Hari       :   Selasa
Masa     :   2.00 - 5.10 petang
Tempat  :   Pusat Pembelajaran Shah Alam


Harap-harap dapat menjawab semua soalan dengan baik nanti...
Selamat Maju Jaya buat semua kawan-kawan............
Doakan kejayaan kita bersama.......

Saturday, November 27, 2010

INSAN BERGELAR GURU

Peranan yang boleh diamalkan oleh seorang insan yang bergelar guru:-

  1. Guru sebagai pelaksana dan penterjemah kurikulum yang telah digubal melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan di luar bilik darjah.
  2. Guru perlu bertindak sebagai agen inovasi dan membuat nilai tambah  dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Guru perlu mahir dalam memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai aras kebolehan.
  4. Guru perlu faham dirinya sendiri dan kenali potensi setiap pelajar. Jangan 'under estimated' kerana pelajar penuh dengan fantasi , emosi dan idea (love for learning and love for learners).
  5. Guru yang signifikan menjadi faktor yang dapat mempengaruhi proses pembelajaran pelajar. Guru perlu berkeupayaan melakukan perubahan minda, emosi dan perubahan tingkah laku positif setiap individu pelajar.
  6. Guru berpengetahuan dan berminat terhadap subjek yang diajar dan ada keprihatinan yang tulen terhadap minat dan masalah pelajar.
  7. Berkeupayaan dan ada komitmen tinggi untuk berusaha agar pelajar benar-benar terlibat dan mengambil bahagian di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  8. Ada kefahaman tentang apa yang perlu dan apa yang menjadi kemahuan pelajar.
  9. Memiliki kemahiran konseptual, interpersonal dan teknikal tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi perancangan pengajaran, teknik pengajaran, teknik penyoalan, perbincangan, penyertaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan boleh membuat  penilaian keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan di luar bilik darjah.

ISIPADU CECAIR

PENGENALAN :

Murid-murid sering menghadapi masalah dalam membuat tafsiran mengenai konsep isipadu cecair terutama semasa membuat perbandingan tentang kapasiti di antara dua buah bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Murid sering membuat perbandingan berdasarkan kepada tinggi bekas dan bukannya pada kapasiti sesuatu bekas tersebut. Justeru itu, guru-guru perlulah tahu dan lebih berhati-hati bagi memastikan murid dapat memahami konsep ini dengan berkesan.


DEFINISI ISIPADU CECAIR :

Isipadu cecair merujuk kepada banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti (muatan) bekas tersebut. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama.

Tuesday, November 23, 2010

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

ISIPADU CECAIR – TAHUN 2


Aktiviti untuk murid-murid lemah :

Set  Induksi
    • Guru bertanyakan tentang minuman kegemaran murid. 
    • Murid memberikan maklum balas.
    • Guru mengaitkan jawapan dengan pembelajaran hari ini.

    Langkah 1
    • Guru menayangkan slaid powerpoint tentang menyukat isipadu menggunakan sukatan unit bukan  piawai.
    • Seorang murid dipanggil untuk menggerakkan tetikus.
    •  Murid memberikan maklum balas berdasarkan slaid.
    • Guru bertanyakan beberapa soalan kepada  
                 a)      Berapa banyak gelas diperlukan untuk mengisi air dari baldi?
                 b)      Berapa banyak gelas pula diperlukan untuk mengisi air 
                       dari botol air?
                 c)      Hasil pemerhatian kamu, bekas mana yang mengandungi 
                       isipadu cecair yang lebih banyak?
    • Murid memberikan jawapan yang diperlukan.
    •   Murid dibantu menyatakan bahawa bekas yang lebih besar mengandungi lebih banyak cecair berbanding bekas yang lebih kecil.

    Langkah 2 
    •   Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
    • Setiap kumpulan diberikan dua jenis bekas cecair dan penyukat iaitu:
    a)      Kumpulan 1 – jug air dan gelas plastik
    b)      Kumpulan 2 – air kotak dan ais krim pop
    c)      Kumpulan 3 – botol minuman dan  aiskrim pop
    d)      Kumpulan 4 – baldi kecil dan botol minuman
    e)      Kumpulan 5 – mangkuk plastik dan cawan
    • Setiap kumpulan dikehendaki mengira jumlah penyukat digunakan untuk setiap bekas cecair.
    •  Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing.
    •  Murid merekodkan jawapan mereka dalam borang yang disediakan.
    • Setiap kumpulan menyatakan dapatan mereka.

    Penutup
    • Murid membuat kesimpulan dengan bantuan guru.




    Aktiviti untuk murid-murid pintar :

    Set induksi
    • Guru bertanyakan tentang tempat perkelahan yang pernah mereka kunjungi.
    • Murid memberikan maklum balas.
    • Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.

    Langkah 1
    • Guru menayangkan video di hadapan kelas.
    • Murid menonton video dengan penuh minat.
    • Guru bertanyakan soalan kepada murid 
                 a)      Adakah isipadu cecair dalam setiap bekas berbeza?
    • Murid memberikan maklum balas.

    Langkah 2
    • Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan.
    • Setiap kumpulan diberikan beberapa bekas cecair.
    •  Murid dalam kumpulan diminta mengira bilangan bekas penyukat yang diperlukan untuk memenuhi  bekas cecair.
    • Murid melaksanakan aktiviti dalam kumpulan masing-masing.
    • Murid mencatatkan hasil dapatan aktiviti dalam borang pemerhatian.
    • Setiap kumpulan menyatakan hasil dapatan mereka di hadapan kelas.

    Langkah 3
    • Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
    • Murid menjawab semua soalan dalam lembaran kerja secara individu.
    • Murid dan guru menyemak jawapan bersama-sama.

    Penutup
    •  Murid membuat kesimpulan tentang pembelajaran hari itu.

    Bahan Bantu Mengajar

    Alat-alat yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bagi  tajuk Isipadu Cecair

    1. Botol Minuman - unit bukan piawai untuk mengukur isipadu cecair.



     2. Baldi - digunakan untuk mengisi sesuatu kuantiti cecair yang banyak.


    3. Pewarna Minuman - digunakan untuk menarik perhatian murid serta menjadikan sesuatu cecair itu lebih jelas untuk dilihat.


    4. Persembahan Power Point







    5. Lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.





    6. Tayangan video







    Perbandingan isipadu cecair dalam bekas-bekas yang berlainan.
     
     

    Wednesday, November 3, 2010

    Mathematics Year 2 (Topic 6 - Volume Of Liquid)

    6.1 - Introduction To Volume Of Liquid
    Learning Objectives :
    Understand and use the vocabulary related to volume of  liquid.

    Learning Outcomes :
    Use the vocabulary related to volume in practical contexts.

    6.2 -  Measuring And Comparing Volumes Of Liquids
    6.2.1   Learning Objectives :
    Measure and compare volumes of liquid using non-standard units.

    Learning Outcomes :
    i). Compare the volumes of two liquid by direct comparision.
    ii). Measure volumes of liquids using uniform non-standard units.

    6.2.2  Learning Objectives :
    Measure and compare volumes of liquid using standard units

    Learning Outcome :
    Measure volumes of liquid using standard units.

    Topic Mathematics Year 2

    1. Whole Numbers - Numbers to 1000
                                  - Addition With The Highest Total Of 1000
                                  - Subtraction Within The Range Of 1000
                                  - Multipplication Within 2, 3, 4 and 5 Times-tables
                                  - Division Within 2, 3 4 and 5 Times-tables

    2. Money - Money to RM 50

    3. Time - Reading And Writing Time
                 - Relationship Between Units Of Time
                 - Solving Problems Involving Time

    4. Length - Introduction To Length
                   - Measuring And Comparing Lengths
                  
    5. Mass - Introduction To Mass
                 - Measuring And ComparingMasses

    6. Volume Of Liquid - Introduction To Volume Of  Liquid
                                    - Measuring And ComparingVolume Of  Liquids

    7. Shape And Space - Three-dimensional Shapes (3-D Shapes)
                                     - Two-dimensional Shapes (2-D Shapes)

    Aku & Matematik....

    Sebut je Matematik, aku teringat zaman aku sek2 dulu.. Matematik merupakan subjek yg paling aku gerun... Bukan apa, masa tu aku amat lemah dalam Matematik.. Cikgu yg masuk juga, garang yg amat.. So, sumenya buat aku x suka & rasa x selesa... Tiap kali ujian & peperiksaan, markah yg aku dapat asyik merah je... Aduhhh, sedih betul time tu....

    Semuanya bermula bila aku di form 5.. Setelah Cikgu Latifah berpindah, Cikgu Rosnani ganti mengajar Matematik di kelas aku.. Kalau sume nak tau, Cikgu Rosnani ni lagi garang dari cikgu2 Matematik aku yg sebelum2 ni... Serius betul dia bila mengajar.. Pantang buat silap or jawab soalan salah ada je denda yg dia bagi.. Pembaris panjang, rotan, penampar.. dah lali sangat dah time tu... Kadang2, tengok muka dia pun dah rasa kecut perut.. Takut bebbb...

    Aku ingat lagi.. Disebabkan aku lupa nak bawak buku sifir, aku kena denda tulis dalam kertas "Saya akan bawa buku sifir ke sekolah setiap hari." 1000 kali tu... naik merah gak le tangan aku menulis masa tu.. Lepas tu, memang aku x pernah lupa lagi dah.. Bukan buku sifir je.. Semua buku utk subjek Matematik aku bawak..

    Tapi, Cikgu Rosnani ni bila mengajar je dia garang.. Bila kt luar kelas, dia baik sangattt... Mesra.... Selain ngajar Matematik, Cikgu Rosnani jugak merupakan cikgu ERT (ekonomi rumah tangga).. Pandai masak.. Setiap kali cikgu2 sek tu nak buat jamuan, Cikgu Rosnani le yg akan jadi tukang masak.. Bilik ERT le yg jadi sasaran tempat masaknye... Yg bestnye, bila dia nak masak je.. dia akan cari kitaorg utk bantu dia.. Selalunya, aku n d geng le (5,6 org)... Best.. Sambil tu, kitaorg bleh belajar masak sekali.. Siap bleh tapau makanan bawak balik plak tu.. Banyak kali jugak le kitaorg tolong dia masak dulu...

    Mungkin disebabkan sikap Cikgu Rosnani yg mcm ni le buat aku rasa mcm nak belajar Matematik betul2.. Dia baik.. Garangnya bertempat... Sejak tu, aku belajar betul2 subjek Matematik ni.. Malu dengan dia sebab result aku selalu teruk.. 3 bulan per1 dia ngajar, aku balik study buku teks Matematik form 4 & 5 sampai khatam.. Aku banyakkan buat latihan.. Kalau x faham, aku akan gi jumpa tanya dia..

    Alhamdulillah... Akhirnya, aku berjaya jugak.. Walaupun x cemerlang sgt, tp aku puas hati dgn result Matematik SPM aku.. Lepas tu, aku masuk maktab ambik opsyen Matematik.. Skrg, aku pun dah jadi Cikgu Matematik.. Dah 11 tahun mengajar Matematik Tahun 2 di SKTP.. Ni semua, mungkin berkat doa & kesungguhan Cikgu Rosnani yg mengajar aku dulu... Aku x akan lupa sampai bila2....
    TERIMA KASIH CIKGU..... Moga, hidup cikgu akan sentiasa dilindungi & diberkati Ilahi hendaknya.......

    Monday, November 1, 2010

    Measuring Volume

    Video 1
    Measure Volumes Of  Liquid Using Standard Unit (ml)



     
    Video 2
     Measure Volumes Of  Liquid Using Standard Unit (litre)