PENGENALAN :
Murid-murid sering menghadapi masalah dalam membuat tafsiran mengenai konsep isipadu cecair terutama semasa membuat perbandingan tentang kapasiti di antara dua buah bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Murid sering membuat perbandingan berdasarkan kepada tinggi bekas dan bukannya pada kapasiti sesuatu bekas tersebut. Justeru itu, guru-guru perlulah tahu dan lebih berhati-hati bagi memastikan murid dapat memahami konsep ini dengan berkesan.
DEFINISI ISIPADU CECAIR :
Isipadu cecair merujuk kepada banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti (muatan) bekas tersebut. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama.
No comments:
Post a Comment