Tuesday, November 23, 2010

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

ISIPADU CECAIR – TAHUN 2


Aktiviti untuk murid-murid lemah :

Set  Induksi
    • Guru bertanyakan tentang minuman kegemaran murid. 
    • Murid memberikan maklum balas.
    • Guru mengaitkan jawapan dengan pembelajaran hari ini.

    Langkah 1
    • Guru menayangkan slaid powerpoint tentang menyukat isipadu menggunakan sukatan unit bukan  piawai.
    • Seorang murid dipanggil untuk menggerakkan tetikus.
    •  Murid memberikan maklum balas berdasarkan slaid.
    • Guru bertanyakan beberapa soalan kepada  
                 a)      Berapa banyak gelas diperlukan untuk mengisi air dari baldi?
                 b)      Berapa banyak gelas pula diperlukan untuk mengisi air 
                       dari botol air?
                 c)      Hasil pemerhatian kamu, bekas mana yang mengandungi 
                       isipadu cecair yang lebih banyak?
    • Murid memberikan jawapan yang diperlukan.
    •   Murid dibantu menyatakan bahawa bekas yang lebih besar mengandungi lebih banyak cecair berbanding bekas yang lebih kecil.

    Langkah 2 
    •   Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
    • Setiap kumpulan diberikan dua jenis bekas cecair dan penyukat iaitu:
    a)      Kumpulan 1 – jug air dan gelas plastik
    b)      Kumpulan 2 – air kotak dan ais krim pop
    c)      Kumpulan 3 – botol minuman dan  aiskrim pop
    d)      Kumpulan 4 – baldi kecil dan botol minuman
    e)      Kumpulan 5 – mangkuk plastik dan cawan
    • Setiap kumpulan dikehendaki mengira jumlah penyukat digunakan untuk setiap bekas cecair.
    •  Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing.
    •  Murid merekodkan jawapan mereka dalam borang yang disediakan.
    • Setiap kumpulan menyatakan dapatan mereka.

    Penutup
    • Murid membuat kesimpulan dengan bantuan guru.




    Aktiviti untuk murid-murid pintar :

    Set induksi
    • Guru bertanyakan tentang tempat perkelahan yang pernah mereka kunjungi.
    • Murid memberikan maklum balas.
    • Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.

    Langkah 1
    • Guru menayangkan video di hadapan kelas.
    • Murid menonton video dengan penuh minat.
    • Guru bertanyakan soalan kepada murid 
                 a)      Adakah isipadu cecair dalam setiap bekas berbeza?
    • Murid memberikan maklum balas.

    Langkah 2
    • Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan.
    • Setiap kumpulan diberikan beberapa bekas cecair.
    •  Murid dalam kumpulan diminta mengira bilangan bekas penyukat yang diperlukan untuk memenuhi  bekas cecair.
    • Murid melaksanakan aktiviti dalam kumpulan masing-masing.
    • Murid mencatatkan hasil dapatan aktiviti dalam borang pemerhatian.
    • Setiap kumpulan menyatakan hasil dapatan mereka di hadapan kelas.

    Langkah 3
    • Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
    • Murid menjawab semua soalan dalam lembaran kerja secara individu.
    • Murid dan guru menyemak jawapan bersama-sama.

    Penutup
    •  Murid membuat kesimpulan tentang pembelajaran hari itu.

    No comments:

    Post a Comment